07 September 2024

IKHLAS BANTU ORANG RAMAI - SITI NURHALIZA SEBOLEHNYA MAHU RAHSIAKAN, NAMUN AKUR KUASA MEDIA SOSIAL



"Tidak semua perkara perlu saya kongsikan. Kadang-kadang keadaan itu berlaku secara spontan dan kita sendiri tak sampai hati nak tengok.
"Misalnya kisah seorang penungg@ng motosikal yang terb@bit kemal@ngan. Ia insid£n yang saya dan suami terpanggil untuk bantu sebab kasihan melihat keadaannya waktu itu.

"Saya tak mengharapkan dia untuk kongsi apa yang kami buat, tapi media sosial hari ini sesiapa saja boleh bercerita dan kongsi. Jadi saya tak boleh nak hal@ng, cuma apa yang boleh saya simpan, saya rahsiakan daripada pengetahuan umum."

Itulah tutur penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza yang berkata, dia tidak pernah mengharapkan bal@san mengenai bantuan peribadi yang dilakukan secara spontan kepada individu tidak dikenali.

Ujar Siti, dia sebolehnya cuba merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan ramai, namun terpaksa akur dengan kuasa media sosial hari ini.

Klik untuk gambar besar
Bagaimanapun, Siti berkata, dia tidak boleh mengelak daripada terus berkongsi bantuan yang disalurkan orang ramai terhadap Yayasan Nur Jiwa yang dibangunkannya bersama suami, Datuk Khalid Jiwa.

"Segala bantuan yang saya tunjuk di media sosial itu adalah berkaitan dengan sumbangan yang diberikan masyarakat kepada Yayasan Nur Jiwa.

"Mahu atau tidak saya kena kongsi supaya mereka tahu duit yang disalurkan itu ke mana. Tapi hal-hal lain yang saya lakukan, ia terlalu peribadi untuk saya kongsikan," katanya.

Sebelum ini, tular di TikT0k mengenai pendedahan beberapa pengguna media sosial mengenai kemurahan hati dan kebaikan yang dilakukan Siti dalam diam kepada individu mahu pun ahli keluarga yang ditimp@ musib@h.
Menerusi perkongsian seorang pengguna media sosial dikenali sebagai Shah, dia memuat naik pengalamannya dibantu Siti selepas terb@bit dalam kemal@ngan.

"Seminggu sebelum Aidilfitri, saya terbabit dalam kemal@ngan di Pavilion Bukit Bintang. Jari dan tangan saya berdar@h tanpa henti, kemudian Siti dari dalam kereta hulurkan tisu kepada saya dan selitkan RM300 untuk saya baiki motosikal," tulisnya.

Selain itu, seorang lagi individu turut berkongsi kisah dimana Siti membantu membiayai k0s pemb£dahan adiknya sebelum mereka sekeluarga dibawa menginap di sebuah hotel mewah.

"Siti pernah membeli bantal kawan saya yang dijual tepi jalan. Beliau borong semua dan minta wakafkan kepada madrasah. Kenangan yang tak boleh dilupakan sampai bila-bila," kongsi seorang pengikut.

"Saya ingat lagi saudara saya meninggal dunia, kemudian Siti bantu kos urus jenazah sampai ke liang lahad walaupun masa arwah sakit pun sudah banyak dibantu," kata seorang lagi pengguna media sosial.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: