08 September 2024

"ITU BUKAN SAYA..." - SABRONZO NAFI ADA HUBUNGAN DENGAN AHLI P0LITIK, AKUI CINTA KARIER



"Maaf, saya tak kenal siapa individu dimaksudkan. Saya pun tak tengok video terb@bit. Itu bukan saya dan saya tidak ada hubungan dengan mana-mana ahli p0litik di Malaysia."
Demikian jelas anggota kumpulan Dolla, Sabronzo atau nama sebenarnya, Wan Sabrina Wan Rusli, 29, berhubung klip video yang tular dimana didakwa mirip dirinya sedang memasuki bangunan bersama seorang ahli p0litik

"Saya tidak tahu nak respon apa. Mungkin orang kaitkan sebab wanita dalam gambar itu mirip saya dan gaya yang sama. Tapi memang 100 peratus bukan saya.

Klik untuk gambar besar
"Lagipun, internet sekarang kreatif," ujarnya yang memberitahu, dia kini 'bercinta' dengan karier nyanyiannya dan tidak mempunyai masa untuk memikirkan hal peribadi.

"Saya akan maklumkan kepada peminat sekiranya sudah ada kekasih pada masa hadapan. Saya tidak akan sorok kalau sudah ada kekasih tapi buat masa sekarang belum ada lagi.
"Buat masa ini, saya hanya buat kerja dan fokus pada karier seni sahaja dan tiada masa untuk perkara lain," katanya.

Terdahulu, tular video seorang wanita yang didakwa mirip Sabronzo memasuki sebuah bangunan sejurus selepas seorang ahli p0litik tiba di lokasi sama.

Ahli p0litik itu juga dilaporkan pernah bertunang dengan seorang penyanyi popular tetapi hubungan itu berakhir dengan perpisahan sebelum ini.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: