08 September 2024

"SAYA PERNAH DUDUK SEBILIK DENGAN BABA KETIKA DIA DI PENGASIH" - OSAMA YAMANI DEDAH PERNAH KENA R0TAN



"Saya tinggal bersama baba (panggilan Osama pada Jamal) dan melihatkan kehidupannya sekarang dengan adik-adik yang masih kecil, nampaklah kebahagiaan itu. Baba sangat 'happy' walaupun ada kala dia letih juga.
"Seronok tengok kehidupan baba sekarang yang dulunya agak gar@ng, tapi kini banyak berubah. Cuma, baba memang t£gas dan utamakan disiplin. Malah, saya adalah satu-satunya anak yang pernah kena r0tan dengan dia.

"Adik-adik lain tak pernah rasa dir0tan pun. Sebabnya, saya nakal ketika kanak-kanak dulu. Maklumlah, saya tinggal dengan opah di Perak dan pernah bercinta masa umur 12 tahun yang baba tak suka sebab kecil lagi."

Klik untuk gambar besar
Itulah kata penyanyi yang kini pemain gitar kumpulan Cherry On Top (COT), Osama Yamani, 23, dimana dia gembira melihat kehidupan bahagia bapanya, penyanyi terkenal, Datuk Jamal Abdillah yang ketika ini dikelilingi anak kecil.

Ujar Osama, pada usia bapanya yang sudah mencecah 65 tahun dan masih dikurniakan dengan anak-anak kecil adalah rezeki kebahagiaan buat mereka sekeluarga.

Dalam pada itu, Osama turut berkongsi pengalaman dia membesar bersama ayahnya sebelum mempunyai adik-beradik lain, dimana dia pernah tinggal bersama Jamal di Pengasih selama dua bulan ketika berusia lapan tahun.
"Saya tahu kisah sil@m baba dan itu adalah perjalanan kehidupannya. Apapun, saya bersyukur dengan apa yang Allah berikan kepada saya, mungkin sebab arwah datuk dulu adalah tok imam.

"Jadi, dia (datuk) seorang yang kuat agama. Kalau saya nak l@ri ke atau nak terp£song ke, saya dah ada asas agama dalam diri. Sebab itu saya cepat matang dan boleh terima semuanya.
"Saya tahu mengenai kisah hidup baba pada 2009 menerusi cerita-ceritanya di internet. Saya pun pernah duduk sebilik dengan baba selama dua bulan ketika dia di Pengasih. Masa itu, umur lapan tahun," tuturnya.

Katanya lagi, selama berada di dalam Pengasih ketika itu, dia mendapat layanan yang sama macam penghuni lain seperti boleh pergi makan bersama serta dijaga dengan baik oleh semua orang.

Selain Osama, lima lagi anak Jamal ialah Zaki Yamani, 18, Nur Azura Yamani, 5, El Isaac Yamani, 4, Iskandar Rayyan Yamani, 2, dan Rahil Laura Salsabila Yamani kini berusia setahun lebih.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: