09 September 2024

KINI STABIL & SEMAKIN BAIK - YAZID LUAH RASA LEGA BAKI JARI KAKI KIRINYA TIDAK PERLU DIPOT0NG



"Alhamdulillah, keadaan kesihatan saya kini beransur pulih dengan ikhtiar rawatan dilakukan di klinik pakar di Slim River itu, termasuk mencuba juga ubat k£ncing manis daripada Saari.
"Syukur kepada Allah, selama beberapa hari ini nampaklah ada perubahan p0sitif pada keadaan kesihatan saya yang sekarang berulang-alik setiap hari dari rumah ke klinik pakar itu."

Demikian tutur penyanyi kumpulan Sejati, Yazid Alias, 58, yang kini dalam keadaan stabil dan semakin baik selepas menjalani rawatan peny@kit diab£tes atau k£ncing manis dihidapinya di sebuah klinik pakar di bandar Slim River, Perak.

Kata Yazit, dia juga sudah mencuba ubat k£ncing manis daripada komposer Saari Amri yang dikirimkan kepadanya dan gembira hasil pemeriksaan kesihatan dilakukannya di klinik pakar itu sangat p0sitif.

Dalam pada itu, Yazit juga meluahkan rasa sangat lega apabila beberapa lagi jari kaki kirinya tidak perlu dipot0ng sebagaimana dimaklumkan sebelum ini.

"Cukuplah dua jari kaki kiri saya yang sudah dipot0ng. Untuk baki jari yang masih ada ini, saya akan berusaha menyelamatkannya dengan cara ikhtiar yang dilakukan sekarang ini.

"Walaupun k0s perbelanjaan diperlukan bagi rawatan dan ubat-ubatan agak tinggi iaitu kira-kira RM2,000 untuk seminggu, saya akan cuba berusaha mendapatkan kewangan itu.

"Apatah lagi, doktor di klinik pakar terb@bit beritahu saya boleh pulih dalam tempoh tiga bulan menjalani rawatan secara harian. Jadi, harapan saya semoga ikhtiar dibuat ini berjaya dan saya sihat semula," katanya.

Pada 20 Ogos lalu, Yazit dimasukkan ke Hospital Slim River dan menerima rawatan selama empat hari di sana, termasuk dua jari kaki kirinya terpaksa dipot0ng akib@t sudah hit@m dan membusuk.

Jelas Yazit, dia yang sudah lama menghid@p k£ncing manis dan dia amat menjaga pemakanan harian, namun keced£raan kecil dial@minya di kaki kiri itu berlaku selepas ditusvk dur1 kecil.

Selain mend£rita peny@kit k£ncing manis, Yazid juga mempunyai mas@lah kesihatan lain seperti kol£sterol tinggi, g@ngguan buah pinggang dan darah tinggi.

Orang ramai yang ingin membantu menghulurkan sumbangan boleh ke akaun Maybank 158154334481 (Yazid Bin Alias).

"Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang sudah membantu hulur sumbangan untuk saya. Syukur Alhamdulillah ramai juga prihatin terhadap keadaan kesihatan saya dan terima kasih atas doa-doanya juga," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: