09 September 2024
PAKAI TUDUNG ATAS KERELAAN SENDIRI - ANGELINE TAN KATA SABRI YUNUS TAK PERNAH PAKSANYA
"Abang (Sabri) tak pernah suruh pun dan abang tak pernah minta tapi Angeline rasa sebagai seorang Islam, ini (tudung) lebih sopan dan lebih kemas untuk seorang muslimah.
"Abang kata bab-bab tudung ni dia tak pandai. Dia kata belilah apa yang rasa cantik," ujar pelakon Angeline Tan yang menjelaskan, dia berhijab atas kerelaannya sendiri dan suaminya, pelakon Sabri Yunus tidak pernah memaksanya untuk memakai hijab.
Angeline menerusi temu bual bersama TV Alhijrah memberitahu, dia memilih untuk memakai hijab kerana merasa tanggungjawab untuk menutup aurat sebagai seorang Muslim.
Klik untuk gambar besar
Sementara itu, Sabri pula berkata, dia tidak kisah dengan tudung apa yang dipakai oleh isterinya itu kerana baginya Angeline tetap nampak cantik.
"Sebab pada saya, apa dia pakai, apa pilihan dia tak pernah tak cantik," tuturnya.
Untuk makluman, Sabri Yunus dan Angeline Tan atau nama Islamnya, Ardini Angeline Tan selamat mendirikan rumah tangga pada 14 Oktober tahun lalu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment