16 September 2024

"LAMA TAK JUMPA ANAK MAMA YANG SEORANG NI, RINDU SANGAT-SANGAT" - ABBY ABADI AKHIRNYA BERTEMU MARISSA DANIA



"Nak terk£jutkan baby Maria Danisha, Mama yang terk£jut sebab ada Marissa Dania. Abang @danishhakimofficial memang selalu ada je di mana-mana.
"Lama tak jumpa anak Mama (panggilanAbby) yang seorang ni, rindu sangat-sangat. Terima kasih datang semalam raikan baby.

"Datang selalu okey. Daiyan, Dayana, Darda semua rindu dan sayang adik sangat-sangat! Tak berkurang walau sikitpun. Siapa yang bagitahu ada majlis ni? Papa ke Mummy?"

Klik untuk gambar besar
Itulah tulis pelakon dan penyanyi Abby Abadi dimana kerinduan teramat sangat terhadap anak keduanya, Marissa Dania, 19, akhirnya terlerai apabila mereka bertemu pada majlis sambutan ulang tahun kelahiran anak ketiganya, Maria Danisha yang ke-16, malam tadi.

Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan, 47, yang berkongsi perkara itu menerusi perkongsian di laman Instagram, memberitahu, dia sangat merindui Marissa selepas lama tidak bertemu.
Melihat pada rakaman video yang dikongsikan itu, Abby memeluk erat Marissa dan mereka sekeluarga sempat bergambar bersama.

Dalam pada itu, Abby juga sempat menitipkan kapsyen dengan men£gur netizen agar jangan menulis perkara yang bukan-bukan di ruangan komennya.
"Nanti kita plan jalan enjoy okey. Muah," katanya yang menyertakan tanda pagar 'jangan tulis bukan-bukan', 'saya bl0ck nanti' dan 'sorry'.

Meninjau ke ruangan komen pula, pengikut Instagram Abby serta netizen meluahkan rasa terharu dan sebak melihat momen manis berkenaan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: