16 September 2024
JUE AZIZ MAHU TUNAI IMPIAN IBU, IDAM TIMANG ZURIAT SENDIRI: "DIA (MAK) SEKARANG PUN SEDANG S4KIT... KALAU LAMBAT T4KUT MAK TAK SEMPAT TENGOK"
"Buat masa sekarang, saya sedang dalam proses mencuba untuk hamil (TTC), memang tak tunggu lama sebab mak saya pun bukan sihat mana. Mak selalu cakap dia teruja untuk saya ada anak sendiri.
"Dia sekarang pun sedang s@kit, saya pun risau t@kut apa-apa terjadi. Sebab itu saya kahwin cepat-cepat sebab saya mahu luangkan masa banyak bersama mak, jadi senang untuk ke mana-mana. Saya tidak pernah s£gan minta doa daripada sesiapa untuk cepat hamil sebab dulu saya tunggu lama tapi tidak berjaya."
Demikian kata pelakon Jue Aziz, 41, dimana dia berharap mampu tunaikan impian ibunya yang kian uzur untuk melihatnya memiliki cahaya mata menerusi perkahwinan terbarunya.
Klik untuk gambar besar
Jue atau nama sebenarnya, Zuliana Abdul Aziz, memberitahu, isu zuriat itu antara faktor utamanya terbuka hati untuk kembali berumah tangga kerana teringin sangat timang zuriat sendiri dan demi pastikan hajat untuk hamil tercapai, dia akui memang saban hari memantau tahap kesuburannya.
"Sekarang saya memang gigih periksa waktu subur dan sesuai hamil sebab saya sudah 41 tahun, kalau lambat t@kut mak tak sempat tengok. Itu yang saya sedih sebab saya seorang sahaja dalam adik beradik yang tidak ada anak. Ada sekarang ini pun anak angkat," tuturnya.
Selain itu, Jue yang kembali mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihannya, Ridwan Hussien, 34, pada 18 Ogos lalu, juga berharap perkahwinan yang dibina itu akan menjadi yang terakhir buatnya.
"Saya tidak memilih hanya yang kaya sahaja. Saya terima sahaja mana yang ditakdirkan untuk saya dari dulu lagi. Saya terima sahaja siapa yang hadir cuma paling penting saya boleh selesa dengan dia.
"Sayang ini mudah untuk diungkapkan, tapi hendak cari yang selesa itu tidak mudah. Harap-harap inilah yang terakhir," kata Jue yang sebelum ini berkongsi video majlis pernikahannya yang berlangsung di Masjid Abu Al-Darda, Nilai, Negeri Sembilan menerusi laman Instagram miliknya.
Untuk makluman, Jue mendirikan rumah tangga pada 2014 bersama pemuzik dari Indonesia, Bayu Parman, namun bercerai pada 2019. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata dan memiliki seorang anak angkat, Darwish Naufal, 12.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment