16 September 2024
ELLY MAZLEIN PILIH 'SEMBUNYIKAN' WAJAH ANAK-ANAK DI LAMAN SOSIAL SELAGI MAMPU
"Saya memang memilih untuk menyembunyikan (wajah anak di media sosial) selagi yang saya mampu. Ini kerana, saya hanya 'menyembunyikan' atau meletak emoji di dalam IG saja.
"Tetapi, kalau di luar (berjalan-jalan bersama keluarga) saya okay dan tak adalah anak-anak sampai kena pakai topeng. Memang di luar, ada orang yang terjumpa pasti akan men£gur Sefhia dah besar.
"Cuma, di media sosial saja memang saya tak 'share' (kongsi) sebab pada saya lagi banyak kebaikan," ujar penyanyi pelakon dan pengacara, Elly Mazlein, 44, yang mengakui, dia memang memilih 'menyembunyikan' wajah dua anaknya dengan emoji pada setiap hantaran foto dimuatnaik di Instagram (IG).
Jelas Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, dia bertind@k demikian kerana berasakan lebih banyak kebaikan apabila tidak berkongsikan foto anak-anaknya, Putri Sara Sefhia, 8, dan Haider Mateen, 3, di media sosial.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Elly yang mesra dengan panggilan Kak Lina Pom Pom itu berkata, ia bagaimanapun terpulang kepada ibu bapa masing-masing sama ada mahu atau tidak berkongsi foto anak mereka di media sosial.
"Setiap ibu bapa ada cara mereka untuk anak-anak (dalam membuat perkongsian di media sosial). Tapi macam saya, memang saya memilih biarlah anak-anak berada di belakang tabir.
"Sebab, saya nak anak saya membesar seperti anak-anak yang lain. Macam kita dulu-dulu, dia bebas keluar dan tak dapat perhatian ramai. Saya nak anak-anak saya rasa begitu.
"Nanti, apabila dah besar ikut kepada Sefhia lah sama ada dia nak ada akaun media sosial sendiri seperti IG, TikT0k dan sebagainya," tuturnya yang juga penyampai radio.
Disamping itu, Elly turut meluahkan rasa syukur anak perempuannya faham dengan tind@kan dibuat kerana didikan diberikannya kepada Sefhia secara dewasa apabila menjelaskan kebaikan dan keburvkan terhadap sesuatu perkara itu.
Untuk makluman, Elly berkahwin kali kedua dengan lelaki pilihan, Muhammad Azlan Che Nuh, 34, yang bertugas sebagai guru pada 18 Januari 2020 dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Haider Mateen, 3.
Sebelum itu, Elly pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah drama, Azmi Hatta, pada 9 November 2014, sebelum mengambil keputusan untuk bercerai pada 15 Oktober 2015. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Sara Sefhia, 8.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment