"Apabila Syamsul menghubungi ibunya dan beritahu nak balik rumah jumpa kami berdua, saya panjatkan rasa syukur kepada Allah atas kemanisan dihadirkan buat keluarga kami.
"Sudah tentu ibunya paling teruja sampai minta ingatkan jangan lupa temankan dia ke pasar pagi semalam sebab nak beli paru serta ot@k lembu.
"Isteri saya kata dah lama Syamsul tak rasa lauk-pauk air tangannya terutama juadah kesukaannya iaitu masak lemak kuning ot@k lembu, cuma paru pula dah habis awal."
Demikian ujar penerbit, pengarah dan pelakon, Datuk Yusof Haslam yang berkata, isterinya, Datin Patimah telah menyediakan lauk kegemaran anak kesayangannya, Syamsul Yusof iaitu masak lemak kuning ot@k lembu.
Jelas Yusof, isterinya itu mahu menyediakan lauk berkenaan selepas teruja Syamsul memberitahu untuk balik selepas menghubungi ibunya pada Isnin lalu.
Disamping itu, Yusof memberitahu, kepulangan Syamsul ini sudah cukup menggembirakan mereka seisi keluarga selepas hampir lima tahun tidak bertemu, selain berkata, dia dan isteri tidak mahu lagi mengungk1t kisah lalu.
"Alhamdulillah, Allah makbulkan doa kami. Tiada yang lebih membahagiakan ibunya selain melihat Syamsul ada depan kami, bersalaman meminta maaf atas kekhil@fannya seterusnya dapat memeluknya semula," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment