16 September 2024

DIDAKWA KINI HAMIL - ATIKAH SUHAIME BELUM SEDIA SAHKAN, MOHON DOA YANG BAIK-BAIK



Pelakon Datin Atikah Suhaime, 33, baru-baru ini telah didakwa kini sedang hamil dan ia hangat diperkatakan netizen di media sosial.
Berhubung dakwaan itu, pelakon kelahiran Singapura ini memberitahu, dia bagaimanapun belum bersedia untuk mengesahkan berita kehamilannya kerana masih menanti masa yang lebih sesuai.

"Saya akan kongsi dalam tempoh terdekat ini. Apapun, doakan yang baik-baik buat saya dan suami. Saya mohon maaf tidak dapat berkongsi mengenainya kerana mahu mengelak perkara tidak diingini.

"Saya berjanji akan berkongsi mengenainya kepada pihak media dan peminat bila tiba masanya nanti," tutur Atikah yang sebelum ini seakan memberi bayangan dirinya kini hamil menerusi 'c0ntent' (kandungan) memasaknya di aplik@si Tikt0k yang dipanggil 'Mu@l Series'.

Klik untuk gambar besar
Dalam perkongsian itu, Atikah memberitahu, dia bukan sahaja mengal@mi rasa mu@l, sekali gus sering dis£rang migr@in ketika memasak menu 'Pizza Margherita'. Ujarnya lagi, bila makan piza itu, migr@innya terus hilang sekejap.

"Harap kita kuat untuk hari-hari akan datang. Harap tak adalah sampai terbaring, tak larat. Terima kasih teman saya 'lunch' (makan tengah hari) hari ini. Tak tahulah kenapa asyik mengidam 'western' (makanan barat) sahaja.

"Kalau makan lauk melayu atau Mamak, rasa macam nak munt@h. Lain macam betul 'taste' (cita rasa) si kecil," katanya yang berkahwin dengan ahli perniagaan, Datuk Lokman Teh, 34, pada Januari lalu.

Perkongsian Atikah yang turut dimuat naik di laman Instagram (IG), juga mendapat maklum bal@s p0sitif dari pengikutnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: