05 September 2024

LANGG4R TAKLIK LIMA KALI, IRA KAZAR JALANI TEMPOH EDAH BERMULA 14 OGOS LALU - SYAMSUL YUSOF UCAP RASA SYUKUR



"Alhamdulillah, perceraian dan segala perbicaraan ini dah selesai. Perasaan saya, 'no comment'. Alhamdulillah, semua selesai, saya cuma 'no comment'."
Itulah tutur pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof yang mengucapkan rasa syukur semuanya sudah selesai hari ini, namun enggan mengulas lanjut mengenai perasannya selepas perceraian berkenaan.

Pagi tadi, mahkamah mengesahkan rumah tangga Syamsul dan Ira Kazar yang dibina lebih setahun lalu itu telah pun berakhir apabila mereka disahkan bercerai talak satu.

Klik untuk gambar besar
Sementara itu, Ira ketika melangkah keluar turut meluahkan rasa syukur, selain hanya memberikan komen ringkas kepada pihak media.

"Alhamdulillah, dah selesai," kata anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi ini pula.

Dalam perbicaraan hari ini, mahkamah mendapati Ira melangg@r taklik dengan memuat naik hantaran di media sosial, sekaligus menjatuhkan talak ke atasnya.
Kemudian, Hakim Syarie Mohd Faizal mens@bitkan berlakunya perceraian dan memerintahkan Ira untuk menjalani tempoh edah selama tiga bulan bermula 14 Ogos lalu.

Kata peguam mewakili Syamsul, Ira melangg@r taklik sebanyak lima kali dan pertama kali pada 14 Ogos lalu.

"Ia berlaku dalam keadaan rela tanpa paksaan mana-mana pihak. Idah juga bermula pada tarikh yang sama (14 Ogos)," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: