05 September 2024
"SAYA ENGGAN MENAMBAH PEND£RITAAN SESIAPA" - PUTERI SARAH ANGGAP PERCERAIAN SYAMSUL & IRA KAZAR TAKDIR YANG SUDAH TERTULIS
"Saya dan Syamsul sudah tiada apa-apa ikatan hanya berurusan hal anak-anak saja. Apa yang berlaku hari ini, saya tak nak komen apa-apa. Saya enggan menambah penderitaan sesiapa.
Demikian kata pelakon Puteri Sarah dimana dia enggan mengulas lanjut mengenai perceraian bekas suaminya, Syamsul Yusof dan Ira Kazar, sebaliknya menganggap perceraian mereka adalah takdir yang sudah tertulis.
Enggan memberikan sebarang komen terhadap pend£ritaan orang lain, Puteri Sarah berkata, fokusnya kini hanya untuk anak-anak dan bahagia dengan hidupnya sekarang.
Klik untuk gambar besar
"Saya bahagia dengan kehidupan sekarang. Alhamdulillah. Saya nak cari duit untuk anak-anak. Saya nak besarkan mereka sebaik mungkin," tuturnya ketika menjawab pertanyaan adakah dia akan membuka hati untuk menerima bekas suaminya itu.
Hari ini, Syamsul Yusof dan Ira Kazar sah bercerai talak satu selepas mahkamah mendapati Ira melanggar taklik dengan memuat naik hantaran di media sosial, sekaligus jatuh talak.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment