05 September 2024

SEMPENA HARI LAHIR - NOOR KARTINI BERDOA AGAR ALLAH KIRIMKAN SUAMI YANG DAPAT BAHAGIAKAN NABILA & CUCUNYA, JEBAT



"Mama mendoakan yang terbaik untuk Nabila dan seluruh keturunan moga sentiasa dalam pandangan rahmat Allah.
"Semoga anak keturunan Nabila menjadi keturunan yang soleh, beriman, baik dan menjaga nama baik keturunan dan maruah keturunan dan berjaya dan bahagia dunia akhirat.

"Setiap doa-doa Nabila yang baik-baik dan yang dalam jagaan Allah diqabulkan Allah tanpa tangguh."

Klik untuk gambar besar
Itulah tulis ibu kepada pemp£ngaruh media sosial, Noor Nabila iaitu Datin Noor Kartini menerusi muat naik di Instagram, sempena ulang tahun kelahiran anaknya itu.

Melihat pada perkongsian tersebut, Datin Kartini yang menyentuh hati ramai dengan ucapannya itu turut mendoakan yang terbaik buat Nabila dan seluruh keturunannya sentiasa dalam rahmat Allah dan diberkati pejalanan kehidupan.
Disamping itu, Datin Kartini dalam masa sama juga mendoakan agar Nabila dikirimkan suami yang dapat membahagiakannya serta anaknya, Jebat Jayden.

"Mama doakan Allah kirimkan seorang suami yang dapat membahagiakan Nabila dan Jayden selama-lamanya sehingga ke syurga... amiin Allahumma amiin. Love you sayang," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: