14 September 2024

"MOGA JODOH KAMI BERPANJANGAN' - NORA ARIFFIN SAHKAN DIA & SUAMI SUDAH RUJUK SEMULA



Selepas sebulan mengumumkan perceraian menerusi video dalam Instagram, penyanyi Datuk Nora Ariffin mengesahkan dia sudah pun rujuk semula dengan bekas suami, Dr Rushdi Ramli.

Dalam pada itu, Nora atau nama sebenarnya, Wan Norafizah Wan Ariffin, menjelaskan, sejak insid£n itu berlaku, dia dan Dr Rushdi tidak pernah bermusvh.

"Alhamdulillah dengan kuasa Allah SWT, suami sudah kembali rujuk. Manusia hanya merancang, namun Tuhan yang menentukan. Apabila suami ingin kembali rujuk, saya terima kerana Allah. Kami tak pernah bermusvh. Moga jodoh kami berpanjangan," tuturnya.

Klik untuk gambar besar

Nora ketika ditanya bagaimana pr0ses rujuk itu berlangsung, berkata, suaminya datang berjumpa dan menyatakan hasrat tersebut, namun, enggan memberitahu butiran lanjut mengenai tarikh mereka rujuk.

"Bertemu depan mata dengan aman damai kerana perceraian (yang berlaku) itu bukan kehendak kami. Ia tidak lama selepas peristiwa berlaku. Saya beritahu bagi mengelakkan fitn@h berhubung soal tempoh edah.
"Semoga perkara yang sama tidak berulang," kata Nora yang sebelum ini menyerahkan kepada takdir mengenai kemungkinan rujuk semula dengan bekas suami.

Pada 12 Ogos lalu, Nora memuat naik video bekas suaminya menceraikannya dengan talak satu dalam video berdurasi 52 saat dalam Instagram. Bagaimanapun, Nora berkata, perceraian berlaku sebelum tarikh video itu dimuat naik.

Selepas video tular, Nora menerima kec@man ramai dan mempertah@nkan bekas suami dengan memaklumkan perkara itu bukanlah atas kehendaknya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: