14 September 2024
DIDAKWA CUR4NG - FATTAH AMIN AKUI MASIH SAYANGKAN FAZURA, TIADA WANITA LAIN
"Sejujurnya, saya hanya mengetahui mengenai permohonan perceraian yang difailkan terhadap saya melalui media sosial, terutamanya selepas ia ditularkan. Saya berasa amat terkejut dan sedih dengan perkhabaran berita ini.
"Malah, tanpa sebarang rasa ragu-ragu, saya masih menyayangi Faz (panggilan Fazura). Saya ingin men£gaskan tiada wanita lain dalam hidup saya seperti diperkatakan dan diheb0hkan di media sosial sehingga kini.
Demikian jelas pelakon Fattah Amin, dimana dia menafikan mempunyai wanita lain selepas dia didakwa bersikap cur@ng terhadap isterinya, Nur Fazura sehingga aktres itu memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, semalam.
"Walau apa pun yang terjadi, saya dengan rendah diri memohon doa yang baik-baik dan sokongan daripada kalian semua tidak kira yang pernah mengenali mahupun yang tidak mengenali kami secara peribadi.
Klik untuk gambar besar
"Moga segala urusan kami berdua dipermudahkan dan diselesaikan dengan baik serta penuh ketenangan. Saya juga berharap agar tiada campur tangan daripada pihak lain yang boleh meng£ruhkan lagi situasi ini. Terima kasih atas segala perhatian dan doa kalian," katanya.
Sebelum ini, timbul sp£kulasi mendakwa Fattah cur@ng bersama penata gaya tudung yang dikenali sebagai Syira Atiqah yang hangat diperkatakan netizen dalam media sosial.
Susulan itu, Instagram milik pelakon lelaki terb@bit dibanjiri netizen apabila mereka 'ambil bahagian' sejurus berita perceraian pasangan itu dilaporkan media.
Bukan itu sahaja, malah, pengawal peribadi Fazura menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram Story, turut mendedahkan ada 'peny0ndol' yang menjadi penc£tus k0nflik tersebut.
Melihat pada hantaran itu, individu yang dikenali sebagai Shahaszrin, berkongsi foto sedang makan bersama Fazura, pengurus Fazura iaitu Iman Tang, pembantu peribadi serta seorang wanita yang wajahnya ditutup menggunakan emoji haiwan.
Untuk makluman, Fattah dan Fazura sudah berkahwin selama tujuh tahun dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan diberi nama Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment