14 September 2024
"TIDAK ADA KAITAN DNA PUN SEBAB SAYA YANG MEMBESARKAN MEREKA SENDIRI..." - RITA RUDAINI ULAS ISU ANAK HANDAL BERSUKAN
"Tiada keperluan untuk orang luar mengaitkan kejayaan anak saya dalam bidang sukan dengan sesiapa. Tidak ada kaitan DNA pun sebab saya yang membesarkan mereka sendiri sebagai ibu tunggal sejak 15 tahun lalu.
"Jadi, sebab apa nak dikaitkan DNA semua? Pernah ke nampak bapanya gendong anak atau hantar anak pergi sekolah? Tak pernah, kan? Jadi orang luar, jangan cakap mengenai saya dan anak-anak.
"Hanya saya saja yang sentiasa bersama mereka (anak). Saya juga yang duduk tengok anak tepi padang dan hantar anak ke sekolah. Tapi, orang lain sibuk nak sebut anak ikut legenda dan macam-macamlah.
"Saya pun jadi pelakon, tak warisi bakat sesiapa sebab dalam keluarga saya tak ada pun genetik pelakon dan hanya saya seorang saja yang terb@bit dalam karier seni ini."
Klik untuk gambar besar
Itulah ujar pelakon Rita Rudaini, 48, dimana dia menyifatkan kecemerlangan anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin, 15, dalam bidang sukan tiada kaitan dengan mewarisi genetik keluarga atau DNA seorang legenda.
Kata Rita, kejayaan anak lelakinya itu dalam bidang sukan kerana bakat yang dikurniakan Allah kepadanya, selain usaha dia sendiri untuk mendapatkan kejayaan.
Sebelum ini, Rita meluahkan rasa k£sal dengan tind@kan sebuah p0rtal berita menggunakan tajuk Anak Legenda JDT (Johor Darul Takzim) berhubung pencapaian terbaik anaknya, Rayyan pada Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Selangor (MSSS) 2024.
Untuk makluman, Rita pernah mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak negara, Aidil Zafuan Abdul Radzak pada 2008 lalu, namun mereka sah bercerai pada September 2013. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Rayyan dan Airit Qaqa Arjuna, 13.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment