19 September 2024

PERMOHONAN CERAI FAZURA - PENGURUS NAFI PERNAH BUAT SEBARANG KENYATAAN RASMI



"Kami daripada pihak pengurusan, peguam dan Fazura sendiri mengesahkan tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh Fazura sejak tular kisah permohonan perceraiannya.
"Permohonan yang difailkan adalah satu permohonan cerai dengan kebenaran mahkamah sebagaimana kehendak undang-undang."

Itulah kata pengurus kepada Nur Fazura iaitu Iman Tang dimana dia mendedahkan, dirinya termasuk peguam yang dilantik serta Fazura tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung permohonan cerai yang dibuat pelakon itu terhadap suaminya, Fattah Amin pada Jumaat lalu.

T£gas Iman lagi, pihaknya juga tidak pernah memperincikan butiran memohon cerai secara baik atau berkongsi tarikh pros1ding seperti yang tersebar sejak semalam.

Dalam pada itu, mengenai k0nflik rumah tangga memb@bitkan Fazura dan Fattah, Iman berharap pihak luar tidak membuat sebarang sp£kulasi.

Klik untuk gambar besar
"Pihak pengurusan berharap agar tiada pihak membuat sebarang kenyataan berbentuk andaian sendiri bagi mengelakkan pelbagai sp£kulasi," ujarnya.

Terdahulu, Fazura dilaporkan memohon untuk bercerai secara baik daripada Fattah susulan permohonan yang difailkan oleh Fazura di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Jumaat lalu.

Malah, terdapat juga laporan yang mendakwa pasangan itu akan menghadiri pros1ding di mahkamah pada 25 September ini bagi menyelesaikan isu perceraian mereka.

Untuk makluman, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: