18 September 2024

DEDAH TERIMA MESEJ TIDAK SEN0NOH - RISTEENA MUNIM DITAWAR RM10,000 JADI TEMAN 'EHEM-EHEM'



Pelakon Risteena Munim menerusi laman sosial miliknya telah mendedahkan dia ada menerima mesej dari individu tidak dikenalinya di Instagram, dimana dia diajak untuk membuat panggilan video serta untuk melakukan perkara tidak baik.
Melihat pada mesej tersebut, lelaki berkenaan siap menawarkan bayaran sebanyak RM3,000 untuk melakukan perkara tersebut, namun isteri kepada pelakon Isa Khan itu menolaknya.

"Saya nak tawarkan sesuatu, tapi benda kurang baiklah. Nak ajak 'video call' sebenarnya, teman 'eh£m-eh£m', tapi cuma tengok sahaja bukan buat sekali.

Klik untuk gambar besar
"Saya bayar RM3,000 untuk sekali panggilan video. Tapi ini rahsia antara kita," kata individu itu dalam percubaannya memancing," tulis individu terb@bit.

Meskipun tawaran tersebut sudah ditolak, lelaki tersebut nampaknya tetap tidak berputus asa apabila menawarkan Risteena dengan jumlah yang berkali ganda sehingga RM10,000.

"Sr£ius ini, saya naikkan RM7,000. Cuma tengok sahaja. Atau RM10,000," katanya.
Tawaran berkenaan bagaimanapun turut tidak dilayan oleh kakak kepada pelakon Ruhainies itu.

Sementara itu, dalam satu perkongsian lain pula, Risteena memberitahu, dia sudah banyak kali menerima mesej sedemikian dan mengakui p£lik dengan sikap segelintir individu menawarkan perkhidmatan berkenaan.

"Sebenarnya, saya sudah banyak kali dapat mesej luc@h, p£lik-p£lik daripada orang yang berbeza. Sudah akhir zaman ini, ingat Allah ya," ujar Risteena atau nama sebenarnya, Nur Risteena Munim Ilyas.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: