18 September 2024
OOI EOW JIN KINI SUDAH 'TIADA'
Kira-kira jam 4.48 petang tadi, pengarah muzik veteran iaitu Datuk Ooi Eow Jin disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur, di sini, pada usia 86 tahun.
Berita pemergian Ooi Eow Jin yang difahamkan menerima bantuan bulanan YKAT berjumlah RM500 sebulan itu dikongsikan oleh isterinya, Datin Khaw Lean Kee kepada Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT).
"Pihak YKAT baru sahaja menerima panggilan daripada Datin Elain yang mengatakan suami beliau baru sahaja meninggal dunia sebentar tadi di Hospital Kuala Lumpur. Panggilan ini kami terima sekitar jam 4.48 petang," katanya.
Sebelum ini, media melaporkan keadaan kesihatan Eow Jin yang menghid@p peny@kit Alzheimer sejak 2015, semakin mer0sot selepas dij@ngkiti v1rus C0V1D-19.
Untuk makluman, Eow Jin memulakan kerjaya dalam arena muzik dengan menganggotai Orkestra RTM selama empat dekad bermula 1963 hingga 1983, sebelum berhijrah ke TV3, setahun kemudian.
Beliau kemudian bekerja sebagai pegawai kebudayaan sebuah universiti pada 1989 dan tenaga pengajar di Universiti Putra Malaysia serta Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).
Kali terakhir Eow Jin bekerja adalah sebagai pemain piano solo di sebuah hotel di ibu negara hingga Jun 2015.
Beliau banyak mencipta lagu untuk penyanyi tempatan dan luar negara termasuk Allahyarham Datuk Sudirman Arshad, Allahyarham Datuk Rafeah Buang, Datuk M Nasir, Rahimah Rahim, Flora Santos, Alleycats, Jennifer Yen dan Francis Yip.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment