18 September 2024
"SAYA LIHAT MUKA SYAMSUL SEMAKIN CERIA SEKARANG... TIDAK SER4BUT SEPERTI DULU" - YUSOF HASLAM
"Alhamdulillah dua hari berturut-turut Syamsul datang rumah. Dia nak rasa masakan mak dia. Jadi mak dia pun masak untuk dia. Bila kali pertama dia pulang, kami saling berpelukan dan menitiskan air mata.
"Bagi saya ini adalah satu perkembangan yang baik. Kami hanya mahukan kedamaian dalam kehidupan. Saya dan isteri pun sudah berada di penghujung usia."
Demikian tutur pengarah, penerbit dan pelakon terkenal, Datuk Yusof Haslam dimana dia memberitahu anaknya, Syamsul Yusof pulang ke rumah mereka dua hari berturut-turut untuk menjamah masakan ibunya, Datin Patimah Ismail.
Ujar Yusof, ianya satu perkembangan yang baik, selain berkata, mereka hanya mahukan kedamaian, apatah lagi usia dia dan isteri sudah lanjut.
Klik untuk gambar besar
Disamping itu, mengulas mengenai harapan ramai yang mahu Syamsul dan menantunya, Puteri Sarah Liyana bersatu semula, kata Yusof, apa saja takdir yang sudah tertulis dia akan tetap menyayangi mereka berdua.
"Walaupun seandainya Sarah tidak kembali berjodohan dengan Syamsul, saya tetap menganggap dia sebagai menantu kerana dia adalah ibu kepada anak-anak Syamsul.
"Bagi yang mendoakan mereka kembali bersatu, saya tak boleh ramalkan apa yang berlaku. Terserah kepada Allah swt untuk tentukan," jelas Yusof yang akui gembira melihat Syamsul kini semakin cerita.
"Saya lihat muka Syamsul semakin ceria sekarang. Tidak serabut seperti dulu. Dia pun sekarang tengah gigih menyiapkan filem 'Khawarij' bersama Astro Shaw," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment