24 September 2024
RITA RUDAINI BERJANJI TAK AKAN KAHWIN LAGI, MAHU BESARKAN ANAK : "KALAU TUHAN SUATU HARI NANTI HANTAR HADIAH (JODOH), KAMI TERIMA..."
"Bagi saya Alhamdulilah, anak okay dan faham. Saya pernah cakap dengan anak yang saya k0rbankan diri yang mana saya tak akan berkahwin sebab nak tengok Ryan dan Arjuna membesar depan mata dengan elok, nak bagi 100 peratus hidup saya kat mereka.
"Kalau orang tanya tak sunyi ke? Tak sunyi pun sebab kat rumah pun ada tujuh ekor kucing. Saya lebih bahagia dapat besarkan anak-anak sendiri tanpa ada g@ngguan ment@l.
"Kalau Tuhan suatu hari nanti hantar hadiah (jodoh), kami terima cuma buat masa sekarang hidup saya sudah cukup lengkap ada dua orang anak.
Klik untuk gambar besar
"Saya tak faham kenapa orang nak kesian hidup anak saya tak lengkap padahal anak saya tak berbunyi pun. Nak kata kurang kasih sayang, buat perangai tak ada pula. Orang je yang melebih."
Itulah kata pelakon Rita Rudaini, dimana dia tidak menolak seandainya bertemu jodoh suatu hari nanti, namun dia kini selesa dengan kehidupannya bersama dua anaknya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qada Arjuna.
Hampir 11 tahun bergelar ibu tunggal, Rita menerusi satu p0dcast berkata, dia hairan mengapa ada yang kasihankan dengan kedua anaknya serta berangapan mereka kurang kasih sayang tanpa insan bergelar bapa.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment