22 September 2024

SEG4N KONGSI KEHAMILAN ANAK KETIGA - EZZATY ABDULLAH KINI MENANTI HARI BERSALIN



"Rasa m@lu pun ada nak kongsi hamil anak ketiga. Bukan macam anak pertama dahulu yang terlalu teruja. Yang mana nampak tahulah saya sedang hamil. Sekarang ini memang menanti hari nak bersalin. Insya-Allah selepas bersalin nanti kami akan kongsikan."
Demikian tutur pelakon Ezzaty Abdullah, 34, dimana dia kini sedang hamil anak ketiga dan usia kandungan sudahpun memasuki sembilan bulan.

Ezzaty yang dilihat tidak banyak berkongsi tentang kehamilan kali ini, memberitahu, dia lebih selesa memaklumkan kepada umum selepas melahirkan anaknya itu nanti.

Klik untuk gambar besar
Sebelum ini, isteri kepada pelakon Azwan Kombos itu memuat naik video dia meluahkan masa bersama suami dan anak-anak, dimana dalam video tersebut, kelihatan 'baby bump'.

"Awal kehamilan saya s@kit dan al@han t£ruk. S@kit yang tak boleh nak saya gambarkan. Mungkin Allah uj1 sebab anak pertama dan kedua terlalu enjoy hamil.

"Mungkin awal kehamilan saya sibuk dengan penggambaran. Selepas empat bulan hamil, barulah saya tidak terima sebarang tawaran dan berehat.
"Rasa gem£ntar pun ada juga. Perasaan macam nak sambut anak pertama dahulu," ujarnya yang turut berkata, dia dan suami tidak melakukan pemeriksaan jantina anak mereka kerana mahukan k£jutan.

"Dari segi persiapan kami beli barang tema putih sahaja. Sesuai untuk bayi lelaki atau perempuan. Kami mahukan k£jutan dan tak buat pemeriksaan jantina," katanya.

Untuk makluman, Ezzaty dan Azwan mendirikan rumah tangga pada 16 Julai 2016. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini sudah pun dikurniakan dua cahaya mata iaitu Harum Dalia, 7, dan Ahmet, 2 tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: