30 September 2024

SHAHEIZY SAM SANGGUP 'G£MUK' DEMI WATAK - ZIZIE IZZETE PUJI KESUNGGUHAN ADIKNYA



"Ramai yang melihat transformasi Sam betul tak? Ia adalah untuk watak terbaharu dalam filem lakonannya di mana dia menambah berat badan.
"Dia (Sam) sangat komited dengan watak yang diberikan, jadi saya yakin dia akan berjaya menurunkan berat badan selepas tamat penggambaran filem itu. Dedikasi yang ditunjukan oleh Sam sangat mengagumkan."

Demikian tulis kakak kepada pelakon Shaheizy Sam iaitu pelakon Datin Seri Zizie Izette, 44, menerusi hantaran di Instagram Story, dimana dia memuji kesungguhan Sam yang sanggup menaikkan berat badan semata-mata memenuhi tuntutan kerja, sekali gus menarik perhatian pengikutnya di media sosial.

Berhubung perkara itu, Sam, 41, berkata, demi melakonkan watak dalam filem terbarunya yang masih dirahsiakan, dia sanggup menaikkan berat badannya lebih 20 kilogram (kg), dimana ia mengambil masa empat bulan untuk menaikkan berat badan dari 70kg ke lebih 90kg ketika ini.

"Saya paksa diri makan makanan tidak sihat yang tinggi lemak, gula dan minyak serta makanan segera seperti burger dan ais krim. Memang saya berasa perubahan yang tidak bagus bila berat badan naik mendadak. Kesannya saya cepat penat, letih, mengantuk dan cepat berpeluh," jelasnya.

Klik untuk gambar besar
Ujarnya lagi, dia pernah melakukan perkara yang sama pada tahun 2020 bagi menjiwai watak dalam filem psik0logi thrill£r berjudul 'Indera'.

"Saya berlakon kerana minat mendalam dan sanggup menaikkan berat badan untuk menjiwai watak. Selepas pr0jek filem itu selesai, saya akan turunkan semula kepada berat badan asal kerana ia penting untuk kesihatan.

"Pada masa sama, saya juga baru lancarkan pr0duk untuk menurunkan berat badan dan pastinya penting untuk saya kembali kepada berat badan asal untuk meyakinkan orang," katanya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai penerimaan isterinya yang juga pelakon, Syatilla Melvin, Sam berkata, isterinya itu turut gembira bila dia menaikkan berat badan kerana dapat sama-sama menikmati makanan.

"Isteri saya gembira bukan sebab suka tengok saya g£muk, tetapi sebab dia pun dapat makan sekali kerana bila saya diet, saya tak dapat makan makanan yang dia masak di rumah," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: