"Saya masih berlakon, tetapi ada pantang larangnya sesuai dengan imej saya yang telah berhijab. Memang tidak berpegangan tangan. Seronok perasannya. Selama ini bagi mereka yang tahu perjalanan hidup saya, kalau berlakon tidak pegang-pegang itu bukanlah Nora Danish.
"Sekarang apabila berlakon tidak perlu sentuh-sentuh perasaannya berbeza, terasa diri kita begitu mahal. Termasuklah apabila saya keluar bertudung dan tidak perlu bersalaman dengan bukan muhrim rasa naiklah harga diri, rasa mahal."
Itulah kata pelakon Nora Danish yang meluahkan rasa syukur selepas berhijrah, tawaran lakonan diterima kini sesuai dengan imej muslimahnya.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, akui Nora, perkara paling sukar adalah untuk istiqamah selepas berhijrah, namun bersyukur dikelilingi oleh orang-orang yang baik.
Tambah ibu kepada dua cahaya mata itu lagi, selepas bergelar ibu tunggal, ramai lelaki cuba mendekatinya, namun buat masa ini fokusnya untuk lebih dekat dengan Allah.
"Buat masa sekarang memang saya tidak fikir lagi (soal mencari pasangan) sebab masih terlalu baru (bercerai). Lagipun saya dalam fasa ingin berhijrah dan fokus lebih ke arah itu. Tapi sejak berhijab memang ramai cuba mendekati daripada kalangan kawan-kawan termasuklah orang jauh. Cuma saya cakap, bukan sekarang," jelasnya.
Sementara itu, menerusi satu perkongsian, Nora telah memuat naik video mengajak orang ramai menghafal surah Al-Mulk sebelum masuk bulan Ramadan tahun hadapan.
Kata Nora dalam perkongsian itu, dia sudah berjaya menghafal lima ayat daripada surah tersebut serta berharap hantaran tersebut dapat membuka hati orang ramai untuk sama berbuat demikian.
"Saya sebenarnya sedang dalam percubaan untuk hafal surah Al-Mulk. Saya harap dengan perkongsian video ini akan buka ramai hati di luar sana untuk sama-sama hafal. Saya baru hafal lima ayat, jom kita lumba sama-sama," tuturnya.
Melihat pada video tersebut, Nora yang dilihat mengenakan telekung berwarna putih itu turut memperdengarkan bacaan ayat surah tersebut.
"Jom sama-sama kita cuba (hafal) sebelum Ramadan 2025," tulisnya yang mendapat pelbagai reaksi p0sitif daripada netizen yang turut mendoakan agar pelakon itu berjaya menghafal surah berkenaan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment