25 September 2024

TERTARIK WANITA BORNEO - OSAMA YAMANI TAK TR4UMA UNTUK BERKAHWIN



"Kalau dah sampai jodoh nanti, saya memang nak berkahwin dan ada keluarga sendiri. Cuma, untuk kriteria atau ciri wanita pilihan itu, sejujurnya saya memang tertarik dengan gadis Borneo.
"Saya pun tak rasa tr@uma untuk berkahwin dan mempunyai isteri. Tetapi, saya mencari seseorang yang boleh memahami diri dan kerjaya saya, termasuk menerima saya seadanya.

"Malah, kegag@lan ibu bapa saya di dalam perkahwinan mereka adalah suratan takdir. Jadi, siapa kita untuk menolaknya (takdir) kerana saya juga percaya tidak ada orang yang berkahwin nak bercerai."

Itulah kata penyanyi yang kini pemain gitar kumpulan Cherry On Top (COT), Osama Yamani atau nama pentasnya, Yamani Abdillah, 23, yang mengakui dia memang tertarik dengan gadis dari Borneo yang menjadi ciri wanita idamannya sebagai kekasih.

"Saya juga seorang yang kuat semangat dan yakin boleh mempertah@nkan perkahwinan saya nanti kerana ingin setia dengan seorang wanita walaupun lelaki boleh berkahwin empat.

"Cuma, saya memang tak mahu (berkahwin lebih daripada satu) kerana kalau boleh saya hendak setia dengan seorang wanita. Saya ini orang yang setia dan hanya akan setia dengan satu (seorang) saja," ujar anak sulung penyanyi 'otai', Datuk Jamal Abdillah ini.

Disamping itu, Osama atau nama penuhnya, Osama Yamani Jamal Ubaidillah turut mengakui mempunyai personaliti yang sama dengan bapanya, dimana dia dan Jamal memang kuat cemburu, tetapi mereka manja walaupun wajah nampak gar@ng dan s£rius.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: