25 September 2024
DIPERCAYAI TIDAK LAGI TINGGAL SEBUMBUNG - NASIB RUMAH TANGGA FATTAH AMIN & FAZURA BAKAL DITENTUKAN HARI INI
Selepas hampir tujuh tahun mendirikan rumah tangga, nampaknya nasib hubungan suami isteri antara pasangan pelakon Fattah Amin dan Nur Fazura dilaporkan bakal ditentukan hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Dalam laporan lain pula, Fattah dipercayai telah tinggal berasingan apabila keluar daripada rumah kelamin mereka bagi meredakan situasi, walaupun sebelum ini pelakon itu mengatakan masih sayangkan isterinya.
Malah, sejak tinggal berasingan, terdapat dakwaan mengatakan Fattah dan anaknya, Nur Fatima Aisya tidak lagi berhubung. Namun pada hari ulang tahun kelahirannya pada 14 September lalu, Fattah melepaskan rindu bertemu dengan anaknya itu.
Pada 13 September lalu, Fazura dilapor memfailkan cerai terhadap suaminya, sekaligus meng£jutkan industri hiburan dan akhirnya terjawab teka teki status rumah tangga pasangan itu.
Klik untuk gambar besar
Fattan bagaimanapun mengakui terk£jut apabila menerima berita isterinya itu memfailkan perceraian dan hanya mengetahui perkara tersebut menerusi media sosial.
Dalam masa sama, Fattah turut men£gaskan, dia masih lagi sayangkan isterinya itu dan tiada wanita lain dalam hidupnya seperti yang didakwa.
Untuk makluman, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan anak perempuan, Nur Fatima Aisya kini berusia tiga tahun.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment