14 October 2024

20 TAHUN DALAM KARIER SENI - ZAHID AKUI PERNAH 'J4TUH TERDUDUK' HINGGA 'TERTI4RAP'



"Selepas hubungan saya dengan bekas isteri yang pertama itu tidak menjadi, saya betul-betul 'down' teruk. Rasa macam, aku nak buat apa dalam hidup ini? Tapi, kawan-kawan dan keluarga yang banyak tolong serta memberi sokongan.
"Pada masa itu juga, semua benda (aset) nak dijual. Rumah jual, kereta jual, apa semua jual dan bila terjadi benda itu kepada saya, rasa macam perlu ke saya teruskan atau tak perlu teruskan (karier).

"Tapi, Allah beri ujian itu mungkin Dia hendak saya rasa macam mana rasa susah sebab masa senang kau tak ingat pun pada orang-orang ini (kawan dan keluarga)."

Demikian kongsi penyanyi Zahid Baharudin, 44, yang mengaku dia pernah mengalami situasi 'jatuh terduduk' hingga boleh disifatkan 'tertiarap' selepas kegagalan dalam perkahwinan pertamanya pada 2019.

Jelas Zahid, selama 20 tahun pembabitannya dalam karier seni, apa yang sudah dilalui tidak mudah kerana terlalu banyak kesulitan dihadapi, terutama apabila rumah tangga yang dibina itu runtuh tanpa diduga.

Kongsi bekas juara Akademi Fantasia musim kedua (AF2) itu lagi, dia mula menyanyi secara 'busking' bagi meneruskan semula kehidupannya yang umpama sudah jatuh ditimpa tangga itu.

"Permulaan hidup baru saya 'naik' balik (bangkit) adalah 'busking'. Bila orang tengok saya tepi jalan (menyanyi), macam kata 'eh Zahid kat sini' dan saya 'busking' itu pun sebab pengalaman.

"Lagi pun, takkan saya nak cakap pada orang yang hidup saya tengah teruk. 'Start' dari 'busking' itu, satu malam boleh dapat RM30 hingga RM40, saya sangat hargai jumlah itu dari dulu yang saya tak pernah hargai bila dapat duit RM30,000 ke RM40,000.

"Jadi, dari situ saya belajar walaupun saya dalam keadaan macam itu (susah) tapi 'still' (tetap) ada orang tengok saya dan mereka menghargai saya menyanyi di situ (busking). Dari situ juga, saya temui kelompok pendengar baharu.

"Mereka tak pandang rendah terhadap saya, sebaliknya beri sokongan dengan memberitahu saya menyanyi masih bagus dan kenapa tidak meneruskannya, termasuk ada yang tanya kenapa saya tidak keluarkan album," katanya yang kini menyertai pr0gram, Famili Duo musim keempat (FD4).

Menurutnya lagi, sebagai anak seni yang hanya bergantung kepada nyanyian saja sepertinya apabila sudah 'jatuh terduduk' sebegitu adalah satu tamparan yang hebat dalam mencari wang untuk menyara kehidupan.

"Pada ketika ini pula, saya bersyukur selain daripada masih 'busking', saya juga dapat pekerjaan menyanyi di kelab, menyertai pr0gram TV dan sebagainya tanpa memilih.

"Boleh dikatakan, apa yang datang (tawaran kerja) saya ambil saja. Program lawak pun saya masuk sampai dah beberapa musim. Saya macam 'try' (cuba) sajalah Zahid, apa yang kau nak buat, ini saja sumber pendapatan sekarang," tuturnya

Ujar Zahid, kini dia memang sangat menghargai dan bersyukur dengan apa saja kerja dilakukannya dan fokus mahu membuat yang terbaik dan begitu juga dalam pembabitan di pertandingan Famili Duo 4 yang akan bermula pada 20 Oktober ini.

Selain Zahid dan Anne, lima pasangan duo lain ialah Shiha dan Ieda Zikir (adik beradik), Didi Astillah dan Yazmin Aziz (sepupu), Salma Asis dan Ayie Elham (sepupu), Tomok dan Sharul Kamal (sepupu) dan Naqiu serta dua pupunya yang masih dirahsiakan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: