Jika sebelum ini Ina Naim menafikan dakwaan bakal bernikah dengan seorang artis, terkini anggota Hijjaz iaitu Isman Nadim Isam turut terpalit apabila dirinya didakwa sebagai lelaki yang bakal menikahi balu kepada penyanyi nasyid, Allahyarham Suhaimi Saad itu.
Jelas Isman, dia tidak ada kena-mengena dengan cerita perkahwinan itu dan amat terk£jut apabila namanya dikaitkan sebagai calon suami baharu, Ina yang mempunyai empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.
"Demi Allah, saya tak tahu (Ina akan kahwin). Serius saya memang tak tahu. Tiba-tiba nama saya pula dikaitkan. Saya amat terkejut dengan cerita ini. Tak tahu dan tak ada kena-mengena dengan saya (cerita perkahwinan).
"Ina pun dah saya anggap macam adik. Demi Allah, individu itu bukan saya. Saya langsung tak tahu fasal benda ini yang tiba-tiba nama saya disebutkan.
Klik untuk gambar besar
"Tapi baiknya saya dengan Ina, janganlah sampai nak kaitkan saya dengan perkahwinan bersamanya. Malah, kalau kata kad kahwin sudah diedarkan, mestilah tahu juga nama bakal pengantin lelaki dan tarikh majlis berlangsung," tuturnya.
Ujarnya lagi, dia berasakan cerita berkaitan perkahwinan ini tidak berasas dan kurang manis untuk diperkatakan berikutan Ina seorang balu dan Suhaimi juga baharu meninggal dunia yang belum sampai setahun.
Baru-baru ini, timbul desas-desus mengenai Ina atau nama sebenarnya, Nordiana Mohd Naim, 40, didakwa bakal berkahwin baharu dengan lelaki pilihan yang juga berstatus artis nasyid apabila kad jemputan sudah diedarkan di kampung wanita itu di Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment