Jabatan Peguam Negara (AGC) telah menolak representasi dikemukakan pelakon Hafidz Roshdi dan sehubungan itu, kes Hafidz yang didakwa mencederakan bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri akan diteruskan dengan perbicaraan.
Keputusan AGC itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya Eirene Nabila Amani Wiliams-Hunt pada prosiding sebutan di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.
"Pihak pendakwaan mahu meneruskan kes selepas meneliti semua fakta-fakta kes berkenaan dan memohon agar mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan," katanya.
Kemudiannya, Majistret Nurul Izzah Hasan Basri menetapkan 20 Januari tahun depan untuk perbicaraan dan mengarahkan pengadu iaitu Nurul Shuhada, 30, untuk hadir pada pr0siding berkenaan.
Klik untuk gambar besar
"Pengadu adalah saksi utama dalam kes ini, kebiasaannya pendakwaan akan menarik balik pertuduhan selepas pengadu tidak mahu meneruskan kes.
"Jika tarikh perbicaraan ditetapkan, saya mohon pihak pendakwaan mengesahkan dokumen termasuk laporan tarik balik kes terlebih dulu agar tidak membuang masa mahkamah," ujarnya yang berkata, pihaknya tetap menghormati keputusan pendakwaan untuk meneruskan kes itu.
Dalam pada itu, Shuhada ketika dihubungi memaklumkan, dia akan memberi kerjasama apabila diperintah menghadirkan diri ke perbicaraan kes pukul membabitkan bekas suaminya itu pada Januari tahun depan.
Shuhada yang kini menetap di Melbourne, Australia, bagaimanapun memberitahu, dia masih belum menerima sebarang maklumat jelas tentang perintah berkenaan.
"Saya sebenarnya terlupa tentang prosiding hari ini (Isnin). Jadi tak tahu apa yang berlaku. Saya bersedia memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa. Jika perlu hadir, saya akan hadir. Tiada masalah. Anak-anak sekolah. Saya mungkin balik seorang, tiket kapal terbang pun mahal," tuturnya.
Meskipun sudah menarik balik laporan polis berhubung kejadian itu, Shuhada bagaimanapun berkata, keputusan lain adalah dalam bidang kuasa pendakwaan yang ingin meneruskan kes tersebut.
"Saya sudah menarik kes seperti yang dipersetujui. Bagi pihak saya sudah selesai. Saya tiada kuasa apabila kes ini diteruskan. Saya tidak boleh beri sebarang komen," jelasnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment