14 October 2024

SEBAK KENANG MOMEN MENGANDUNG, MELAHIRKAN & MEMBESARKAN ANAK - UQASHA SENROSE TITIP PESAN UNTUK PARA SUAMI



"Salam tiba-tiba rasa sebak sangat sangat, tak sangka Qasha dah lalui mengandung 9 bulan, melahirkan semua rasa apa tu sakit melahirkan berpantang membesarkan anak sampai dah nak masuk 6 bulan anak ibu Hawra Uqaira.. Belajar macam-macam untuk besarkan dan berikan yang terbaik untuk anak..

"Ya Allah Ya rabbi lindungilah anak ku, jagalah di setiap langkah kaki nya, di setiap detak jantungnya dan di setiap hembusan nafasnya.

"Ya Allah panjangkan lah umur anak ku, terangilah hatinya teguhkan lah iman nya.. cerdaskn akal nya, baguskanlah amal perbuatannya, lapangkan lah rezeki nya, dekatkanlah dengan kebaikan dan JAUHKANLAH DARI SEGALA KEBURUKAN ♥️

"Ya Allah kabulkan harapan dan doa doa ku ini, agar Uqaira menjadi anak yang solehah yang taat pada perintah Mu Ya Allah, berbakti pada ibu ayah dan agama. Semoga menjadi anak yang success di dunia dan di akhirat..

Klik untuk gambar besar

"Tak sangka Uqaira dah nak masuk 6 bulan 😢 (emosi sebak semua ada). Your my heart and soul sayang Hawra Uqaira."

Itulah tulis pelakon Uqasha Senrose menerusi Instagram, dimana dia merasa sebak mengenangkan momen kehamilan selama sembilan bulan, melahirkan dan sudah melalui tempoh enam bulan membesarkan anaknya, Hawra Uqaira.

Disamping itu, isteri kepada pelakon Kamal Adli ini turut menitipkan pesanan untuk para suami agar menghargai pengorbanan besar isteri yang sudah berpenat lelah melahirkan dan mengasuh anak-anak.
"Kepada semua suami-suami, hargailah isteri anda, besar pengorbanan isteri yang membesarkan anak tanpa pertolongan sesiapa.. yang tak cukup tidur, yang basuh baju anak lipat baju anak susun baju anak, basuh botol susu, buatkan susu.

"Tidurkan sampai nak patah pinggang, nak makan pun hanya untuk alas perut, nak masuk toilet pun kena pegang anak, kalau letak nangis, nak mandi pun tak sempat takut anak nangis..

"Yang ada helper tu Alhamdulilah.. yang mengasuh sendiri tu ingat lah SANGAT BESAR PAHALA NYA.. 💋," pesannya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: