15 October 2024
"SEGALA MEMORI BERSAMA BANYAK SAYA SIMPAN DALAM INGATAN & HATI" - HANNAH DELISHA DEDAH KURANG BERGAMBAR BERSAMA SUAMI
"Perkara ini sudah menjadi kebiasaan buat kami. Dari sebelum kahwin lagi kami tak kongsi gambar masing-masing. Sebenarnya sus@h untuk kami bergambar bersama.
"Kalau tengok galeri gambar dalam telefon saya pun tak banyak gambar kami bersama. Segala memori bersama banyak saya simpan dalam ingatan dan hati."
Itulah kata pelakon Hannah Delisha dimana dia mendedahkan suaminya, Imam Shah kurang gemar bergambar dan mereka jarang bergambar berdua.
Jelas Hannah, sejak sebelum mendirikan rumah tangga, dia dan suami jarang berkongsikan foto di media sosial.
Dalam pada itu, Hannah berkata, dia tiada sebab dia berbuat demikian ketika ditanya adakah dia dan suami mengambil langkah tidak terlalu berkongsikan kebahagiaan di media sosial, Hannah.
"Mungkin sebab sebelum kahwin lagi kami sudah terbiasa tidak berkongsi tentang satu sama lain dalam media sosial. Jadi perkara itu terbawa-bawa sehingga sekarang. Tambahan pula saya rasa perkara ini tidak menjadi satu mas@lah buat kami.
"Saya faham setiap orang ada pandangan dan persepsi masing-masing tentang perkongsian hal peribadi dalam media sosial. Saya hormati mereka, tapi bagi saya dan suami, kami lebih suka begini," tuturnya.
Untuk makluman, Hannah mendirikan rumah tangga dengan Imam Shah yang juga berasal dari Singapura pada 18 Februari 2021 selepas lima tahun berkenalan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment