Perpisahan pengacara dan pelakon, Yasmin Hani, 45, dengan pelakon Alif Hadi, 36, hangat diperkatakan ketika ini sejak ia didedahkan kepada umum.
Mengulas mengenai perpisahan itu, Yasmin atau nama penuhnya, Yasmin Hani Ismail Richarson berkata, dia dan Alif hanya putus dalam hubungan percintaan tapi masih kekal sebagai kawan baik.
"Kami sepakat berpisah untuk beri ruang pada diri masing-masing berfikir semula mengenai hubungan ini. Kami sudah berpisah secara baik, lebih dua bulan lalu.
"Saya tidak mahu kecoh mengenai perkara itu kerana mahu beri ruang pada diri masing-masing untuk berfikir dan merasai sama ada kami masih saling merindui atau sebaliknya dan sama ada hubungan ini boleh pergi jauh atau pun tidak?
"Memang saya berasa sedih dengan perpisahan itu tapi ia sudah lebih dua bulan berlalu. Saya pun sibukkan diri dengan kerja, begitu juga Alif," katanya.
Sementara itu, ditanya mengenai kemenangan Alif pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-36, baru-baru ini, ujar Yasmin, dia turut gembira dan bersyukur dengan kejayaan bekas kekasihnya itu.
"Alhamdulillah, saya menangis bila tengok dia menang dan pada masa sama sedih bila dapat tahu dia pergi anugerah itu seorang diri kerana pengurusnya sibuk ketika itu.
"Alif tidak ajak saya temani dia ke majlis anugerah itu kerana kami sudah putus, sedangkan saya okay sahaja untuk menemaninya pada malam itu," tuturnya.
Sebelum ini, Alif mendedahkan hubungan cintanya selama lebih tiga tahun dengan Yasmin Hani sudah putus sejak dua bulan lalu dan dia reda dengan perpisahan itu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment