21 October 2024

"ADA YANG RESTU TETAPI RAMAI JUGA MENGEC4M HUBUNGAN KAMI..." - RIENA DIANA RISAU PENY4KIT AIN, KURANG KONGSI MOMEN MANIS



Selepas menyedari ramai yang kurang senang, pelakon Riena Diana telah mengambil pendekatan kurang berkongsikan momen manis bersama kekasihnya yang juga pelakon, Keith Foo di media sosial.

Kata Riena, banyak komen negatif diterima daripada netizen yang tidak senang melihat hubungannya dengan Keith serta mengecam di ruangan komen.

"Risau, memang ada yang restu tetapi ramai juga mengecam hubungan kami dalam ruangan komen. Takut juga baca komen-komen netizen, ialah risau semua yang kita rencanakan tidak menjadi.

"Sebab itu saya pilih untuk kurang berkongsi momen manis bersama Keith termasuk video dalam media sosial lagi ketika ini," ujarnya.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, Riena memberitahu, Keith turut melakukan perkara sama dimana kini lebih berhati-hati dalam memuat naik perkongsian kerana bimbang dengan penyakit ain.

"Sudah sangat kurang berkongsi sebenarnya, Keith pun begitu. Kami nak elak penyakit ain dan tahu tahap kesihatan mental tidaklah sentiasa okey, lebih-lebih lagi setiap kali baca komen netizen.

"Kadang-kadang jari rasa sangat ringan nak balas komen tetapi setiap kali nak lakukan, saya anggap mereka kurang ilmu pengetahuan," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: