21 October 2024

HARI INI AINA ABDUL TERIMA HADIAH KERETA SUV MEWAH : "INI HADIAH TERMANIS SEPANJANG TAHUN INI"



"Alhamdulillah, tentu saya gembira sebab jarang boleh dapat hadiah begini. Ini adalah rezeki dan Ainations yang menghadiahkan ini untuk saya. Terima kasih banyak kepada semua mengundi saya.

"Memang sebenarnya tahun ini saya ada perancangan untuk beli satu kereta yang saya boleh naik bersama emak saya. Tahun ini, saya memang ada pasang niat untuk memiliki kereta, tapi saya tak sangka dengan rezeki ini. Boleh kata, ini hadiah termanis sepanjang tahun ini."

Demikian ujar penyanyi Aina Abdul apabila hari ini dia menerima hadiah berupa kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah tajaan syarikat pengeluar minuman berasaskan susu kambing, CONBOO, selepas memenangi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-36, baru-baru ini.

Aina menerima kereta itu ketika majlis penyerahan hadiah sempena kejayaannya di CONBOO International Sdn Bhd, Subang Bestari, di sini.

Klik untuk gambar besar

Saat mengambil kunci kereta itu daripada Pengarah Kreatif CONBOO, Nurulafiza Kamarudin, jelas terpancar kegembiraan di wajah Aina dimana dia berkata, hadiah berkenaan sangat bermakna kerana sememangnya dia menyimpan hasrat memiliki kereta baharu untuk kegunaan sendiri.

Hadiah berupa SUV Mewah itu adalah hadiah dijanjikan CONBOO untuk Bintang Paling Popular seperti diumumkan pada majlis pengumuman Malam Kemuncak ABPBH 36 pada 18 September lalu.

Turut serta pada sesi penyerahan itu adalah Pengurus Kreatif dan Pemasaran CONBOO, Rusita Ho; Pengurus Besar SME Omnia, Norhayati Idris; Ketua SME Direct Omnia, Haslam Abbas dan Penolong Pengarang Berita Hiburan, Raja Nurfatimah Mawar Mohamed.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: