"Untuk sampai ke sana perlukan tenaga yang banyak. Kami bukannya berkereta atau tunggang motosikal. Jadi, isteri agak risau. Tetapi dia mula berlapang dada dan terima misi ini.
"Tetapi saya pun tak biarkan isteri dan anak-anak begitu sahaja. Mungkin ada sesetengah tempat yang boleh keluarga sampai, saya akan terbangkan mereka agar kami dapat berjumpa."
Demikian kata pelakon Amar Baharin dimana dia bersama pendaki Gunung Everest, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin akan menjayakan misi berbasikal Kembara Makkah, tahun depan.
Klik untuk gambar besar
Ujar Amar lagi, pada awalnya isterinya yang pelakon, Amyra Rosli agak keberatan untuk menerima misi tersebut kerana ia merupakan kali pertama mereka berjauhan dalam tempoh lama.
Amar menerusi perkongsian di Instagram, memberitahu, dia akan memulakan misi dari Kuala Lumpur ke Arab Saudi selama tiga bulan, selain menyifatkan perjalanan itu menuju penyucian jiwa serta mencari makna nikmat Tuhan.
Dalam pada itu, Amar juga tidak bimb@ng terpaksa menolak 'job' lakonan sepanjang tiga bulan itu kerana percaya dengan rezeki Allah.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment