Pelakon Aedy Ashraf yang sudah berlakon sejak usia enam tahun lagi itu telah berkongsi kisah dimana sejak kecil lagi dia sudah mengambil peranan menggalas tugas untuk menjaga serta membayar sewa rumah mereka sekeluarga.
Kata Aedy yang dibesarkan sendirian oleh ibunya, ianya bukan perjalanan mudah, apatah lagi perkerjaanya itu bukan tetap serta perlu bergantung pada tawaran berlakon.
"Waktu umur lapan tahun, saya sudah pun bekerja secara s£rius dan membayar sewa rumah. Ibu saya juga pelakon, jadi industri inilah mata pencarian kami.
"Pekerjaan ini bukan kerja tetap, semuanya bergantung kepada tawaran. Jika tiada tawaran, kita sudah mula g£lisah. Kalau hidup tiga bulan gaji pun sudah terasa s£sak, bayangkan saya pernah enam bulan tiada tawaran.
"Ketika itu usia saya 19 tahun. Penerbit tidak tahu nak posisikan saya dengan watak apa. Saya terlalu besar untuk watak remaja, tapi terlalu remaja untuk watak orang dewasa.
"Jadi, itulah masanya saya merasakan perjalanan saya sebagai anak seni sampai di sini sahaja," ujar Aedy yang dalam masa sama turut berkongsi, sebaik saja tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dia mengambil keputusan meninggalkan dunia hiburan dan mengambil lesen menjual insur@ns untuk menyara keluarga.
"Saya sebenarnya sudah putus asa dengan kerjaya lakonan. Tawaran juga semakin sepi. Takkan saya mahu merayu setiap pr0duksi yang ada untuk ambil saya bekerja. Fasa itu sangat meny@kitkan. Jadi saya kerja sebagai penjual insur@ns.
"Harus diakui saya tiada jiwa langsung melakukan pekerjaan itu. Hampir setahun juga saya jual insur@ns. Kemudian saya buat keputusan untuk kembali.
"Saya ingat lagi, saya baru tukar nombor telefon bimbit ketika itu. Entah bagaimana ada pr0duksi telefon tawarkan berlakon sebuah drama. Sejak itu saya bert£kad tidak akan tinggalkan industri ini, saya akan kekal di sini walau seratus tahun lagi," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment