03 October 2024
"REZEKI DAPAT MENGINGATI ALLAH DALAM KEADAAN TAK SEDAR" - SHARIFAH ZARINA
Penyanyi lagu 'Langit Ketujuh' iaitu Sharifah Zarina, 43, meluahkan rasa syukur apabila dia diberi rezeki mengingati Allah ketika diminta mengulas videonya yang seakan tawaf di Tanah Suci dalam keadaan tidak sedar.
Dalam masa sama, Sharifah Zarina atau nama penuhnya, Sharifah Zarina Wan Hassan, berkata, dia juga tidak menyangka video yang dikongsi anak sulungnya, Athalia Derna itu tular di media sosial sehingga mendapat tontonan ramai.
"Alhamdulillah, saya anggap ia rezeki dapat mengingati Allah dalam keadaan tak sedar. Saya berasa semua umat Islam juga mahukan pengalaman sebegitu.
"Pada mulanya, mereka anggap video itu kelakar tetapi bila dengar semula betul-betul, apa yang saya cakap iaitu buat umrah dan bertarbiyah Labbaikallah berulang kali dalam keadaan tidak sedar itu, saya sangat bersyukur kerana dapat pengalaman sebegitu.
"Saya memang tidak sedar apa yang berlaku dan tidak bermimpi apa pun ketika itu. Pada masa sama, saya juga beri peringatan pada anak-anak, kalau kita selalu ingat Allah, Insya-Allah, Allah juga akan selalu ingat kita di mana jua kita berada, hati kita akan dekat dengan Allah.
"Saya baca komen semua pengikut dan terima kasih atas doa semua. Alhamdulillah, saya sudah selesai menjalani dua pemb£dahan untuk keluarkan batu karang pada 10 September dan 27 September lalu dan kini berehat di rumah.
"Insya-Allah, saya dalam fasa kembali pulih dan berehat serta tidak boleh buat kerja berat," kata penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak itu dimana dia juga berasa terharu dan sebak kerana ramai pengikut di media sosial yang turut mendoakan kesihatannya.
Sementara itu, Athalia juga tidak menyangka sempat merakamkan momen ibunya membaca bacaan-bacaan yang sering diucapkan jemaah yang sedang bertawaf di Tanah Suci Makkah.
"Tak sangka dapat saksikan saat berharga mama ketika masih dalam peng@ruh bius," ujar Athalia yang bertanggungjawab memuat naik situasi ibunya yang masih lagi belum sedar sepenuhnya di wad selepas menjalani pemb£dahan mengeluarkan batu karang di hospital.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment