"Happy birthday baby! Kesian sampai tertido balik tu. Terima kasih mommy bagi chance daddy untuk 'dating' dengan Fatima."
Itulah kata pelakon Fattah Amin yang menitipkan ucapan terima kasih buat isterinya, Nur Fazura kerana memberi peluang kepadanya meraikan ulang tahun kelahiran keempat anak perempuan mereka, Nur Fatima Aisya yang jatuh pada 2 Oktober lalu.
Menerusi perkongsian di Instagram, Fattah memuat naik video meraikan hari lahir Fatima yang ke-4 di sebuah 'indoor playground' serta turut memotong kek.
Klik untuk gambar besar
Perkongsian Fattah itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tumpang gembira melihat pelakon itu meluangkan masa bersama anaknya.
Sementara itu, ada yang turut mendoakan agar rumah tangga Fattah dan Fazura dipelihara demi cahaya mata mereka, selain juga mendoakan Fatima menjadi anak yang solehah.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment