14 October 2024

ALIF HADI DEDAH HUBUNGAN CINTA DENGAN YASMIN HANI SUDAH BERAKHIR, KINI DALAM PR0SES 'HEALING'



"Saya sudah kembali solo sejak dua bulan lalu iaitu sekitar Ogos. Kalau boleh memang tak mahu kongsi mengenai hal putus cinta ini kepada umum sebab tak elok untuk diuar-uarkan. Tapi kalau sudah tiba waktunya orang tahu, akan tetap diketahui juga."
Demikian jelas pelakon Alif Hadi yang mendedahkan hubungan dia dengan pelakon Yasmin Hani sudah berakhir dua bulan lalu, sekaligus impian untuk mendirikan rumah tangga bersama terlebur.

Alif atau nama penuhnya, Muhammad Alif Abdul Hadi, 36, bagaimanapun enggan mendedahkan punca perpisahan mereka selepas tiga tahun menjalinkan hubungan cinta, sebaliknya memberitahu, walaupun mereka sudah tiada hubungan, namun dia dan Yasmin masih mengekalkan hubungan baik sebagai sahabat.

"Perpisahan ini keputusan bersama. Kami masih berhubung, kadang-kadang anak-anaknya ada hubungi menerusi panggilan video apabila mereka rindu. Mereka kata nak jumpa, lepas ABPBH ini, mungkin akan cari masa untuk bertemu dengan mereka.

Klik untuk gambar besar
"Hubungan saya dengan Yasmin pun masih baik, tidak berg@duh pun. Sejujurnya memang ada rasa sedih sebab kami sudah bercinta selama tiga tahun, namun pada masa sama tak mahu buang masa dan perlu 'move on'.

"Tuhan Maha Perancang, satu nikmat diambil dan pasti akan diganti dengan perkara lebih manis lagi.Bagi saya, kita hanya mampu merancang dan kalau sudah terjadi. Doa yang baik-baik. Mungkin perancangan saya ini tidak sehebat aturan Tuhan, jadi berserah sahaja," ujarnya.

Disamping itu, Alif yang tidak mahu terus melayan perasaan sedih ini berkata, dia mahu memberi fokus sepenuhnya terhadap kerjaya seni, apatah lagi selepas memenangi Anugerah Aktor Pembantu Filem Popular ABPBH36.
"Ketika ini lebih kurang fasa 'healing', saya memang teruskan hidup macam biasa. Pada awalnya memang rasa sangat sedih tetapi saya beri fokus utama pada diri sendiri dan kerja yang setakat ini tak berhenti.

"Mungkin kalau saya tiada kerja ketika ini (fasa putus cinta), mungkin keadaan kesihatan ment@l akan terj£jas. Apa pun syukur semuanya berjalan dengan baik," katanya yang tidak mahu dirinya melalui fasa kesedihan melamp@u sehingga menj£jaskan kesihatan ment@l.

Untuk makluman, Yasmin pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli muzik, Sha'arin pada 2011, sebelum bercerai selepas 10 tahun berkahwin. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Noah Ismail Wong, 10 dan Eissa Elzander Wong kini berusia tujuh tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: