14 October 2024

"SAYA TAK RASA PUN KEMENANGAN ITU DIRAMP4S..." - SYAFIQ KYLE ANGGAP SUDAH REZEKI AEDY ASHRAF DI ABPBH-34



"Alhamdulillah, saya gembira atas kemenangan Aedy dan dia pun dah terlibat dalam industri seni lebih dari 20 tahun dah. Saya ada berhubung dengan dia dan dia pun kata dia gembira dengan kemenangan ini."
Itulah ujar Syafiq Kyle dimana pelakon itu menjelaskan, dia tumpang gembira dengan kejayaan Aedy Ashraf yang merangkul trofi Pelakon Aktor Filem Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-36.

Kata Syafiq, dia ada menghubungi Aedy dan mengucapkan tahniah diatas kemenangan rakannya itu, apatah sudah lebih 20 tahun di dalam industri.

Selain itu, ditanya pula mengenai respon netizen yang beranggapan dia lebih berhak memenangi trofi tersebut, Syafiq berkata, ia adalah rezeki buat Aedy.

"Ini semua adalah rezeki. Setiap anugerah dalam negara ini, semuanya kawan-kawan kita juga yang tercalon. Begitu juga dengan anugerah yang ada, saya tak boleh kawal siapa tercalon, siapa yang menang.

"Yang kita boleh kawal ialah pandangan kita kepada anugerah yang dipertandingkan. Kita boleh beri sokongan dan galakkan dan ucapkan tahniah kepada pemenang," tuturnya.

Dalam pada itu, Syafiq turut berkata, tiada istilah Aedy merampas kemenangan tersebut kerana dia tidak pernah memenangi kategori berkenaan sebelum ini.

"Saya tak rasa pun kemenangan itu dirampas sebab saya tak menang apa-apa pun. Untuk saya, dah tercalon untuk Top 5 bagi kategori tersebut pun saya dah bersyukur.

"Apatah lagi tercalon sebaris bersama selebriti senior. Tak ada langsung rasa fasal kalah ke menang, sesiapa sahaja yang dinobatkan sebagai pemenang saya tumpang gembira," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: