Sebelum ini, Naqiu, 38, pernah membuat keputusan tidak mahu lagi menyertai pertandingan nyanyian, terkini penyanyi dan pelakon itu bakal bergabung dengan saudara dua pupunya yang juga seorang penyanyi dalam program realiti TV, Famili Duo musim keempat (FD4) pada 20 Oktober ini, namun identiti lelaki itu masih dirahsiakan.
Berhubung keputusannya itu, Naqiu atau nama sebenarnya, Wan Naqiuddin Mohd Najib, berkata, memang benar dia ada mengeluarkan kenyataan sebegitu tahun lalu apabila tidak mahu lagi menyertai pertandingan nyanyian.
"Tapi, mengambil kira apa yang pernah saya tanyakan kepada Tomok, mengapa dia suka menyertai pertandingan, saya boleh terima jawapannya iaitu bagi mencurahkan kreativiti pada setiap persembahan dibuat.
"Saya juga gemarkan adrenalin apabila bertanding. Jadi, bila kita masuk pertandingan sebenarnya ia memaksa saya untuk memerah kreativiti diri bagi membuat satu persembahan yang terbaik setiap minggu.
Klik untuk gambar besar
Menurut Naqiu lagi, sebenarnya dulu dia juga pernah terfikir kenapa penyanyi senior seperti Tomok selalu masuk bertanding? Kemudiannya, dia sedar pengalaman ditimba ketika menyertai pertandingan nyanyian itu sangat bermakna dan tahu rasanya bagaimana, terutama untuk membantu kreativiti diri sebagai penyanyi.
Dalam pada itu, mengulas identiti pasangannya dalam Famili Duo musim keempat yang masih dirahsiakan, Naqiu berkata, tindakan merahsiakan itu dibuat kerana perlu menghormati pihak pr0duksi yang mahu menjadikan ia gim1k ketika program itu berlangsung nanti.
"Apa yang saya boleh cakap, dua pupu saya itu adalah penyanyi, tapi dia sudah lama tak menyanyi. Tapi, orang masih kenal dia dan selebihnya 'clue' (petunjuk) saya tak boleh beritahu. Saya mohon maaf kena rahsiakan dulu identiti sebenarnya," ujarnya.
Selain Naqiu dan dua pupunya, lima pasangan duo lain yang ialah Shiha dan Ieda Zikir (adik-beradik), Zahid dan Anne Baharudin (adik-beradik), Didi Astillah dan Yazmin Aziz (sepupu), Salma Asis dan Ayie Elham (sepupu) serta Tomok dan Sharul Kamal (sepupu).
Juri profesional yang akan memberi 70 peratus markah kepada peserta ialah penyanyi, Mas Idayu dan pelakon serta penerbit drama, Datuk Rosyam Nor.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment