"Soalan ini saya tanya diri saya banyak kali bila nak pakai tudung. Dalam hidup, saya pakai tudung dalam dua ke tiga kali dan selalu buka balik. Kalau nak pakai tudung, saya mahu pakai sampai bila-bila tanpa buka.
"Insya-Allah dengan doa mama, daddy, semua, saya akan pakai juga tudung suatu hari nanti," ujar adik kepada selebriti terkenal Noor Neelofa iaitu pempengaruh media sosial, Ameera Khan dimana dia menjawab beberapa pertanyaan netizen termasuk mengenai niatnya untuk bertudung.
Ameera menerusi siaran langsung di Instagram baru-baru ini berkata, dia nekad untuk berhijab apabila sampai waktunya nanti tanpa ada perasaan untuk kembali membuka hijab.
Klik untuk gambar besar
"Semoga Allah SWT permudahkan segalanya dan kepada sesiapa yang menonton live ini yang sedang berusaha untuk berhijab tetapi mengalami situasi yang sama, saya doakan yang terbaik untuk anda semua," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment