29 October 2024

SUDAH MERISIK - QI RAZALI RANCANG KAHWIN TAHUN DEPAN



Pada Hari Raya Aidilfitri lalu, pelakon dan pengacara, Qi Razali, 47, mengakui sudah mengadakan pertemuan dengan keluarga kekasihnya untuk merisik wanita itu sebagai tanda mengesahkan hubungan dijalin serius.
Selepas sudah dua tahun menyulam cinta, Qi atau nama sebenarnya, Qushairi Mohammed Razali, berkata, dia dan teman wanitanya yang bekerja di belakang tabir itu berhasrat melangkah ke fasa perkahwinan.

"Kami bukan bertunang pun. Tapi pihak saya semacam menghantar tanda dan merisik begitulah. Kita cakap yang hubungan ini serius dan kalau boleh kita nak ada tarikh (untuk perkahwinan)," katanya.

Tidak mendedahkan nama teman wanitanya yang berusia 28 tahun, Qi bercadang melangsungkan majlis perkahwinan itu pada Mei tahun depan, namun merasakan masih banyak persiapan yang perlu diuruskan seperti kad undangan.

Bagaimanapun, kata Qi, dia tidak menyorokkan identiti wanita itu kerana sebagaimana pasangan bercinta lain, mereka juga sentiasa keluar bersama di tempat umum, namun tidak menguar-uarkan perihal peribadi.

Tambahnya lagi, keselesaan yang dirasakannya apabila bersama teman wanitanya itu menyebabkan dia berasa sekarang masa sesuai untuk berkahwin.

"Rasa selesa, kelapangan dada dan kerisauan serta ingin tahu yang dia sentiasa ada di sisi walaupun ketika itu saya tidak bersamanya. Tiga benda ini yang bila dia tidak ada bersama, memang saya terasa ketiadaannya.

"Mungkin bila dah berkahwin nanti, lebih senang mewujudkan kesefahaman sebab dah ada rasa keselesaan, kelapangan dada yang tak rasa bing1t, 'stress' (tekanan), itu kira okaylah," ujar Qi yang sebelum ini dikatakan sering kecund@ng dalam hubungan cinta bersama beberapa wanita termasuk selebriti tanah air.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: