28 October 2024

RUJUK TAPI TAK BAHAGIA, DIANA DANIELLE NEKAD BERCERAI SEMULA



“Saya sudah buat keputusan untuk berpisah dengan suami saya secara rasmi dan akan memfailkan perceraian.
“Tidak! Saya tak akan beri sebarang perjelasan,” kata pelakon Diana Danielle mengejutkan ramai pihak apabila mengumumkan akan memfailkan perceraian buat kali kedua terhadap suaminya, Farid Kamil.

Bagaimanapun, pemilik nama penuh Diana Danielle Danny Beeson, 33, itu enggan memperincikan alasan membuat keputusan nekad untuk berpisah.

“Mungkin dia akan buat seperti biasa dengan bunga dan cincin serta janji kosong. Jangan pujuk,” ujarnya seolah sudah muak.

Klik untuk gambar besar
“Rujuk bukan untuk semua, lepaskan saya. Terima kasih,” tulisnya lagi di media sosial.

Sebelum ini, Farid dan Diana pernah bercerai talak satu pada 10 Ogos secara dalam talian sebelum rujuk semula pada 31 Ogos lalu.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: