28 October 2024

KONGSI FOTO BAHAGIA BERSAMA KELUARGA - KAKA AZRAFF DILAPORKAN DAH BERCERAI?



Nampaknya bulan Oktober ini, banyak artis dan selebriti yang bercerai termasuklah penyanyi Kaka Azraff dan suaminya, Adam Azriff apabila hubungan suami isteri mereka didakwa sudah terlerai.
Kaka dan Adam yang berkahwin pada 14 Disember 2018 itu dikatakan bercerai talak satu hari ini selepas enam tahun mendirikan rumah tangga dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aslan, 5, dan Aryan, 3, dan Atta Adam, 15 bulan.

Menurut laporan HibGlam, pengesahan lafaz cerai yang khabarnya dilakukan secara ekspres itu berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam, tengah hari tadi.

Klik untuk gambar besar
Menurut sumber yang enggan dikenali berkata, Kaka atau nama sebenarnya, Nor Atiqa Noor Azraff, 35, dilihat hadir ke mahkamah seawal pukul 9 pagi tadi dan dia bersama bekas suaminya itu dikatakan berpisah secara baik.

"Saya difahamkan Kaka belum sedia untuk buka mulut berhubung perceraian yang sudah disahkan di mahkamah hari ini. Puncanya memang dia tak beritahu dan tak kongsi pun hal peribadi.
"Selama ini mereka macam pasangan lain, tak nampak pula mas@lah besar. Kita doakan yang baik-baik sahaja untuk mereka dan anak-anak. Mereka pun masih bersahabat dan menjaga anak bersama-sama," kata sumber terdekat.

Menerusi muat naik terbaru di Instagram hari ini, Kaka baru saja berkongsi momen mengadakan aktiviti bersama keluarga di sebuah premis permainan dimana ia dilihat seakan cukup bahagia.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: