"Tadi balik dari kerja sempat tidur. Mimpi mak, dia senyum. Walau dia tak bercakap, dalam hati berkata 'mak bangga dengan anak mak yang kuat'. Lepas ini mungkin kita lama tak jumpa. Dia minta saya terus kuat dan jaga adik-adik."
Demikian luah penyanyi dan pelakon, Khai Bahar dimana dia berkongsi bertemu dengan arwah ibunya, Rosnah Mohd, yang hadir dalam mimpinya pada awal pagi Sabtu.
Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin, 30, berkongsi mengenai perkara itu menerusi sebuah hantaran di Instagram Story miliknya.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Khai menerusi sebuah lagi hantaran pada entri sama, turut memuat naik gambar arwah ibunya dan berdoa mereka dapat bertemu di syurga.
Untuk makluman, arwah ibu Khai menghembuskan nafas terakhir pada 3 Januari tahun lalu ketika usianya 62 tahun.
Allahyarham dilaporkan meninggal dunia akib@t k0mplikasi beberapa peny@kit termasuk mas@lah buah pinggang.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment