28 October 2024

"KEDUA-DUA BEKAS SUAMI YANG AJAK SAYA KAHWIN, BUKAN SAYA" - NORA DANISH AKUI TERTARIK DENGAN PERWATAKAN, BUKAN HARTA



"Bila kita kahwin kerana cinta, cinta itu yang akan melukakan anda. Kalau kita kahwin kerana Allah, jalan menuju ke Allah itu lebih indah. Kalau kita kahwin kerana cinta, cinta pada manusia itu tidak akan kekal.
"Tetapi, kalau tengok sebelum saya kahwin, teman lelaki saya semua orang biasa. Cuma kerana perwatakan mereka (bekas suami) yang buat saya tertarik.

"Malah kedua-dua bekas suami yang ajak saya kahwin, bukan saya. Saya tak pernah ada kriteria untuk memilih, tak ada.. dia datang sendiri."

Klik untuk gambar besar
Itulah ujar pelakon Nora Danish menerusi Richman Coffee podcast, dimana dia ada berkongsikan pendapatnya mengenai soal cinta dan perkahwinan kerana Allah.

Nora menerusi p0dcast itu turut berkata, sebelum berkahwin, teman lelakinya hanya orang biasa, sekaligus menepis tanggapan bahawa dia wanita materialistik.
Jelasnya, dia tidak pernah memandang harta kedua-dua bekas suaminya itu, sebaliknya tertarik dengan pertawakan mereka.

Dalam pada itu, Nora memberitahu, sepanjang perkahwinan, dia juga tidak pernah mengharapkan wang daripada kedua-dua bekas suaminya kerana sudah diajar dari kecil untuk tidak meminta.

"Kedua-dua bekas suami saya pun boleh setuju yang saya satu sen pun tak pernah minta duit mereka. Dari kecil ibu saya ajar saya untuk jangan minta duit orang. Saya suka manjakan diri dengan duit saya sendiri," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: