"Kalau Tok Ram ada di rumah dan sekiranya berlaku apa-apa pada Zara, dia boleh balik atau saya boleh balik tengokkan. Sekarang saya seorang dan kenalah bawa dia ke mana sahaja.
"Saya ada dua pembantu rumah tapi saya tak berani nak tinggalkan dengan mereka. Jadi, saya memang akan bawa Zara dan seorang pembantu rumah ke mana-mana lokasi persembahan saya untuk tempoh 20 hari dia tiada.
"Nak pergi 'show' mana-mana pun saya sediakan diri saya selengkapnya termasuk bilik supaya penganjur tiada mas@lah," demikian kata penyanyi Datin Alyah, 43, dimana dia mengambil keputusan membawa anak angkatnya, Nur Izzara yang kini berusia enam bulan ke lokasi persembahannya baru-baru ini.
Klik untuk gambar besar
Jelas Alyah, suaminya iaitu Datuk Ramli MS kini terbabit dengan rakaman program 'Projek Bapak-Bapak' di luar negara, sekali gus membuatkan dia bimbang untuk meninggalkan Zara dengan pembantu rumah.
Dalam pada itu, Alyah berkata, kehadiran Zara yang dijaga sejak berusia tiga bulan itu tidak pernah dirasakan membebankan dirinya.
"Tak rasa apa-apa walaupun hari ini (baru-baru ini) saya kena patah balik ke rumah dua kali antaranya sebab bubur nasinya tertinggal. Nak tak nak kenalah balik ambil.
"Untuk show atau bekerja, saya ada pembantu peribadi dan pembantu rumah untuk bantu sediakan apa yang perlu. Tapi kalau untuk berjalan-jalan, saya sediakan sepenuhnya.
"Contohnya kalau nak keluar ke mana-mana bawa Zara ia tanggungjawab saya sediakan semuanya tanpa bergantung kepada mereka," ujarnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment