Semua maklum mengenai keadaan pelakon Ebby Yus dimana dia kini berdepan dengan ujian kesihatan seperti jantung dan buah pinggang sehingga ia mendapat perhatian orang ramai.
Terkini, menerusi perkongsian pelawak Jep Sepahtu, dia ada melawat sahabatnya itu, selain berkongsikan gambar terbaru Ebby dengan kapsyen "love you bang", dimana ia telah mengundang sebak.
Perkongsian suami kepada pelakon Sari Yanti itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji sikap prihatin Jep yang yang sentiasa membantu sahabat yang kurang bernasib baik, selain ada yang berkata, disebabkan sikap itulah, rezekinya tidak putus-putus.
Dalam pada itu, ramai juga yang mendoakan agar Ebby kembali sihat seperti sedia kala dan diberikan kesembuhan untuk kembali berlakon semula.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment