27 October 2024
DISARAN BUAT DIALISIS AIR UNTUK BUAH PINGGANG - EBBY YUS GAD4IKAN K£RIS KESAYANGAN DEMI KELANGSUNGAN HIDUP
"Selepas memasang alat perentak jantung Disember tahun lalu, saya sudah tidak mudah pitam, tetapi masih belum boleh buat kerja berat atau ambil 'job' di luar studio biarpun kalau boleh saya nak bekerja.
"Penyakit lemah jantung yang saya hidapi sejak 2018 membuatkan tenaga saya tidak kuat dulu, tambah-tambah sekarang apabila saya kena mulakan rawatan dialisis pula akibat sakit buah pinggang.
"Dahulu saya sudah jual empat kereta, sekarang saya ada keris lama yang mempunyai nilai kepada pengumpul. Alhamdulillah, sedikit sebanyak dapat tampung belanja harian," ujar pelakon Ebby Yus, 59, dimana dia kini berjuang untuk meneruskan kehidupannya selepas sudah empat bulan tidak mampu bekerja kerana masalah kesihatan.
"Kesihatan saya mula terganggu sejak empat bulan lalu hingga pergerakan semakin terbatas tetapi tidak ramai tahu keadaan saya (masuk wad) kerana tidak mahu hebohkan. Saya dibawa ke Unit Kecemasan HKL oleh rakan serumah dan dirawat selama 17 hari.
"Saya juga melakukan pembedahan kecil pada perut bagi memasukkan tiub untuk memulakan rawatan dialisis air di rumah. Bagaimanapun, luka pembedahan itu dijangkiti kuman dan saya perlu dirawat lebih lama di hospital. Tapi, Alhamdulillah sekarang ini keadaan kesihatan saya menunjukkan tanda-tanda nak baik. Cuma, ia perlukan masa.
"Sementara ini, saya kena buat rawatan cuci darah dulu sebelum proses cuci air yang memerlukan tiub dimasuk ke perut. Tapi, rawatan cuci darah yang dilakukan sekarang adalah di leher walaupun sementara saja.
"Sebabnya, saya juga tak boleh nak buat cuci darah berterusan kerana jantung sudah tidak kuat. Itu yang kena buat cuci air nanti," tambahnya yang turut mengakui, dia ada memohon bantuan daripada Majlis Agama Islam Persekutuan (MAIWP).
"Alhamdulillah, ada Baitulmal yang tolong bayarkan terus ke hospital setiap kali saya buat rawatan dialisis. Selain itu, ada juga rakan artis yang prihatin membantu saya dan berbanyak terima kasih diucapkan.
"Saya juga sebenarnya kalau boleh nak bekerja sebab dah lama tak kerja. Doktor juga kata, saya masih boleh bekerja sekiranya rawatan dialisis air yang dilakukan nanti lancar. Mohon doakan yang baik untuk kesembuhan saya," kata Ebby atau nama sebenarnya, Muhammad Yunus Abdul Rashid.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment